PROGRAM PERSATUAN PENDUDUK PPR SERI CEMPAKA

Persatuan Penduduk PPR Seri Cempaka yang di pengerusikan oleh En Tarmizi M Amin telah mengadakan satu program Majlis Walimaturus serta Program Penutup Tahun 2011 pada hari ahad 25/12/2011 bertempat di hadapan Surau Nurul Iman Seri Cempaka,

Majlis ini diadakan sempena Majlis Kesyukuran Persandingan salah seorang dari penduduk Seri Cempaka iaitu En Razali dengan Fauziah Omar.Persatuan Penduduk  PPR Seri Cempaka secara gotong loyong dengan kerjasama penduduk penduduk setempat telah mejayakan Majlis yang penuh bermakna,bukan saja bagi kedua dua mempelai malah juga amat bermakna bagi penduduk di Seri Cempaka sendiri.

Semangat gotong loyong yang telah di amalkan sejak dari awal penempatan lagi oleh penduduk penduduk disini perlu di kekalkan sehingga generasi seterusnya.Semangat gotong loyong yang diamalkan tanpa mengira bangsa dan fahaman politik amat membanggakan.

Bersama sama ini saya lampirkan gambar di majlis persandingan yang berlangsung dengan penuh kemeriahan.


















Cempaka Station.com's Facebook Wall